Kami prihatin tentang hak anda untuk privasi dan kami komited untuk melindungi privasi pengguna kami, dan berusaha untuk menyediakan pengalaman pengguna yang selamat, terjamin. Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Dasar privasi kami dirumus mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( “Akta”).

Maklumat yang dikumpul

Jika anda mengisi borang kenalan atau menghantar e-mel, sms atau Whatsapp yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini tidak akan didedahkan kepada mana-mana individu pihak ketiga. Maklumat yang dikumpul hanya digunakan untuk tujuan berikut:

  • analisa situasi kewangan dan memberikan nasihat kewangan kepada anda;
  • untuk mengira kelayakan pinjaman anda;
  • memadankan pakej pinjaman mengikut situasi dan keperluan anda.

Jenis Maklumat Peribadi

Berikut adalah jenis-jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan:

  • Maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamat;
  • Maklumat hubungan, alamat e-mel dan nombor telefon;
  • Maklumat penyata gaji seperti gaji kasar, elaun, potongan;
  • Maklumat kerja seperti Majikan, status pekerjaan dan umur persaraan.

Pautan

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan

Kami berhak untuk menukar, meminda dan / atau mengubah dasar privasi ini pada bila-bila masa. Kami menasihatkan anda menyemak dasar privasi ini dari semasa ke semasa.