Koperasi Gemilang Siswazah Malaysia Berhad merupakan koperasi 100% milik bumiputera yang ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Universiti Putra Malaysia dengan matlamat membantu anggotanya meningkatkan taraf dan kualiti hidup. Sejak penubuhan, Gemilang telah bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti ekonomi dan melahirkan modal insan yang kompeten dan berbudaya keusahawanan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk melaksanakan pembiayaan berasaskan prinsip Islam kepada anggota-anggota kakitangan kerajaan.
Butir-butir Pinjaman
Berikut adalah ciri-ciri pakej pembiayaan Gemilang:
- Kadar untung 5.99%
- Payout : 97%
- Dana Bank Rakyat
- Tempoh bekerja minima : 3 bulan
- Pembiayaan maksima adalah RM150,000
- Sekiranya bekerja kurang setahun – pinjaman maksima hanya RM50,000.
- Tempoh pinjaman maksima : 10 tahun
- Syarat gaji minima : RM1,000 (termasuk elaun tetap)
- Blacklist di bawah RM30,000 layak
Nota: Pembiayaan hanya untuk penjawat awam dari Semenanjung Malaysia.