pembiayan sektor kerajaan dan swasta MBSB

Malaysia Building Society Berhad (MBSB) diasaskan dalam tahun 1950. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan pemegang saham utama MBSB. MBSB bukan sebuah bank tetapi ianya dibenarkan menawarkan produk-produk perbankan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. MBSB menawarkan pelbagai skim pembiayaan berlandaskan syariah untuk kakitangan kerajaan dan sektor swasta.

Pembiayaan Kakitangan Kerajaan

Mumtaz-i ialah pakej istimewa pembiayaan peribadi-i untuk pekerja tetap kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat terpilih yang membuat perjanjian bersama MBSB. Ciri-ciri pinjaman adalah seperti berikut:

  • Jumlah pembiayaan sehingga RM250,000.
  • Keuntungan berdasarkan toleransi risiko individu dengan kadar keuntungan serendah KDE-i ¬0.20% setahun* (bersamaan dengan kadar tetap 3.66% untuk 10 tahun).
  • Pilihan perlindungan takaful
  • Warganegara Malaysia berumur 19 tahun dan tidak melebihi 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan atau umur persaraan pilihan, yang mana terdahulu.
  • Ansuran bulanan melalui potongan Biro Angkasa (Biro) atau Akauntan Negara (AG) atau Potongan Gaji Melalui Majikan

Pembiayaan untuk Sektor Swasta

Pinjaman ini ditawarkan kepada kakitangan syarikat-syarikat Senaraian Awam, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (SGLC), Perbadanan Multinasional, sektor pendidikan dan golongan profesional. Berikut adalah ciri-ciri pinjaman untuk sektor swasta:

  • Kadar keuntungan yang kompetitif serendah KDE-i + 4.10% setahun.(bersamaan dengan kadar tetap 6.43% untuk 10 tahun).
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
  • Jumlah pembiayaan sehingga RM300,000.
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun.
  • Tiada penjamin diperlukan.
  • Tiada caj atau fi tersembunyi.
  • Kelulusan yang pantas.
  • Terbuka kepada kakitangan Kerajaan dan Bukan Kerajaan.