Kemudahan kredit Koperasi Ikhtiar

Latar Belakang

Koperasi Ikhtiar menawarkan kemudahan pinjaman kredit kepada ahli-ahli untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anggota serta menggalakkan mereka meminjam pinjaman yang berlandaskan sistem syariah. Seperti koperasi lain, kemudahan pembiayaan peribadi Koperasi Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd hanya menerima pemohon kakitangan kerajaan dan badan berkanun.

Keistimewaan

Antara kelebihan utama skim pinjaman mereka adalah:

Kelebihan utama adalah syarat hutang blacklist longgar – hutang kurang RM 35,000 layak.

Butir-Butir

  • Kadar Untung : 2 – 5 Thn (5.99%) 6 – 20 Thn (4.99%)
  • Dana dari RHB
  • Tempoh pinjaman dari dua tahun ke sepuluh tahun
  • Jumlah pinjaman maksima sehingga RM200,000
  • Gaji Pokok + Elaun : RM1,500 ke atas
  • Umur : 19 Tahun ke atas
  • Tidak ada yuran bulanan
  • Bayaran balik melalui potongan Biro Angkasa
  • Tidak perlu penjamin atau cagaran
  • Minimum jangka masa berkhimat adalah 1 tahun berkhimat

Nota :

  • Koperasi Ikhtiar hanya menerima pemohon yang berjawatan tetap sahaja dari Semenanjung Malaysia. Status kontrak dan sementara, dan kakitangan kerajaan dari Sabah dan Sarawak tidak diterima.
  • Kelemahan utama Koperasi Ikhtiar adalah ia mengambil kira komitmen Luar seperti bayaran kereta atau rumah yang dibayar secara manual (bukan melalui potongan gaji).