Sebelum memohon pinjaman, anda perlu mengetahui beberapa perkara untuk mengelakan diri daripada ditipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka ini suka mengambil kesempatan dalam kesempitan dan sering berlegar-legar di ruang siber sekarang ini untuk mencari memperdaya mangsa menyerahkan wang kononnya sebagai bayaran proses pinjaman. Sila baca modus operandi di bawah sebagai langkah pencegahan awal daripada ditipu scamer pinjaman wang :
Modus Operandi
Peringkat 1
Modus operandi dilakukan sindiket ini adalah menjanjikan pinjaman syarat mudah dengan kadar faedah rendah kepada golongan yang disenaraihitamkan oleh pihak bank dan mempunyai baki gaji yang kecil dalam penyata gaji. Mangsa tertarik dengan iklan pinjaman peribadi yang dipromosikan di internet dan akan mengisi borang online dan beri salinan kad pengenalan / slip gaji / penyata bank. “Agent” akan call atau whatsapp untuk memberitahu pinjaman telah lulus dan meminta mangsa membuat bayaran pendahuluan 5% daripada jumlah pinjaman sebagai “security deposit” / yuran guaman / stamping agreement.
Peringkat 2
Selepas menerima duit tersebut, “agent” kedua akan meminta bayaran lagi untuk GST / Insuran
Peringkat 3
“Agent” ketiga akan buat panggilan untuk memberitahu duit pinjaman tidak dapat dikreditkan ke akaun mangsa kerana ada masalah. Mangsa diminta membuat bayaran lagi untuk kononnya membuka akaun bank yang baru khas untuk loan tersebut.
Peringkat 4
Mangsa akan dimaklumkan pengkreditan masih gagal dan diminta membuat bayaran lagi untuk PIDM dan sebagainya.
Kesimpulan
Untuk elak daripada tertipu, anda dinasihatkan supaya JANGAN MEMBAYAR caj upfront (bayaran pendahuluan) dalam apa jua bentuk pun.