Tips Enam Tabung Simpanan oleh Azizan Osman dari irichwork.
Tips ini sesuai dipraktikkan untuk semua orang tidak kira kerja kerajaan, sektor swasta atau berniaga. Enam tabung simpanan dan peratusan yang disyorkan oleh Azizan Osman adalah seperti berikut:
Tabung NEC (Neccesity) 55%
Peruntukan keperluan seperti perbelanjaan harian isirumah.
Tabung LTSS (Long Term Spend Saving for Spending)
LTSS merujuk kepada kategori perbelanjaan di mana jumlah perbelanjaan adalah agak tinggi dan tidak kerap. Contoh perbelanjaan LTSS adalah seperti pembelian perabot, ubahsuai rumah, haji / umrah dan sebagainya.
Tabung EDU (Education)
Tabung ini merujuk kepada kos pendidikan sendiri (bukan untuk pendidikan anak-anak) seperti kursus motivasi, kelas agama dan seminar-seminar untuk menambah ilmu. Tabung ini penting supaya kita memperbaiki diri sendiri melalui konsep continuous learning and improvement.
Tabung FUN 10%
Tabung ini adalah untuk perbelanjaan aktiviti berseronok seperti tengok wayang, beli pakaian baru, cuti, makan di restoren dan sebagainya. Matlamat tabung ini adalah supaya kita tidak overspend dalam aktiviti-aktiviti berseronok.
Tabung FFA (Financial Freedom Account) 10%
Tabung ini amat penting sekiranya kita ingin mencapai financial freedom. Konsep FFA adalah berdasarkan prinsip utama daripada buku “Secret of the Richest Person in Babylon” iaitu prinsip “Pay Yourself First” di mana 10% daripada pendapatan kita dilaburkan untuk menjana pendapatan pasif. Menggunakan duit untuk menjanakan lebih duit. Contoh pelaburan yang selamat adalah seperti pelaburan amanah saham, unit trust, hartanah dan saham.
Tabung Charity (5%)
Tabung ini khas untuk zakat dan sedekah. Kita boleh bermula dengan 5% dulu. Sekiranya gaji kita dah naik, kita digalakkan untuk meningkatkan peratusan untuk sedekah.
Nota Tambahan
Peratusan untuk setiap tabung hanya cadangan sahaja.
Sebenarnya peratusan yang sesuai amat bergantung kepada tahap gaji dan pendapatan. Contoh sekiranya pendapatan kita rendah maka peratusan 55% untuk tabung necessity tidak mencukupi, maka peratusan untuk tabung fun terpaksa dikurangkan. Sebaliknya untuk individu gaji tinggi, necessity tidak akan sampai 55%, maka lebih banyak duit boleh digunakan untuk tujuan pelaburan atau tabung FFA.
Tubuhkan Tabung Kecemasan Dahulu.
Sebelum mengasingkan duit gaji kepada enam tabung ini, adalah disarankan untuk mengasingkan sejumlah duit untuk tujuan kecemasan untuk perbelanjaan yang tidak dijangka seperti membayar bil perubatan hospital, memperbaiki kereta atau menanggung perbelanjaan harian sekiranya hilang pekerjaan atau keuntungan dari perniagaan menurun.