Adakah Saya Mempunyai Dana Kecemasan Yang Cukup?

Dana kecemasan merupakan wang yang diasingkan untuk perbelanjaan yang tidak disangka seperti perbelanjaan rawatan kesihatan, membaiki kereta, rumah dan komputer dan sebagainya. Ianya juga diperlukan sekiranya kita kehilangan punca pendapatan seperti kehilangan kerja atau untung perniagaan menurun.

Berapa banyak wang yang diperlukan untuk tujuan kecemasan? Pakar kewangan peribadi mensyorkan saiz dana yang diperlukan ditentukan mengikut garis panduan 3-6-9 yang merujuk kepada gaji tiga, enam atau sembilan bulan.

Dana Tiga Bulan Pendapatan

Dana tiga bulan pendapatan sudah memadai sekiranya anda tidak berumahtangga dan tidak ada sesiapa yang bergantung kepada anda untuk bantuan kewangan. Khasnya anda makan gaji, pekerjaan anda tetap dan stabi dan anda tidak mempunyai komitmen hutang pinjaman rumah dan kereta yang belum habis bayar.

Dana 6 Bulan Pendapatan

Anda disyorkan menyimpan dana kecemasan sebanyak enam bulan pendapatan (atau gaji) sekiranya anda sudah berumahtanggan dan mempunyai anak-anak yang belum kerja. Dana 6 bulan mencukupi sekiranya isteri atau suami anda juga bekerja.

Dana 9 Bulan Pendapatan

Jika anda (atau pasangan anda) berniaga atau kerja sebagai freelancer, kemungkinan tinggi pendapatan anda berubah-ubah setiap bulan dan susah diramal. Semakin tidak menentu pendapatan anda, semakin tinggi dana kecemasan yang diperlukan.