Pengeluaran Duit KWSP Awal

Pengeluaran wang KWSP awal

Secara umumnya, ramai yang beranggapan duit KWSP hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai umur persaraan ataupun pembiayaan untuk pembelian rumah sahaja Namun, pengeluaran simpanan KWSP sebenarnya tidak terhad kepada perkara tersebut. Berikut adalah antara pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP meskipun belum mencapai umur persaraan :

Pengeluaran Umur 50 Tahun
Pengeluaran Kesemua ATAU Sebahagian Simpanan Dari Akaun 2 Apabila Ahli Mencapai Umur 50 Tahun

Pengeluaran Umur 55 Tahun
Akaun 55 (Pengeluaran Umur 60 Tahun)

Pengeluaran Umur 60 Tahun
Akaun Emas (Pengeluaran Umur 60 Tahun)

Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP secara individu atau bersama. Syarat kelayakan ahli mesti mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00).

Pengeluaran Hilang Upaya
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan.

Pengeluaran Pendidikan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Ahli / anak ahli mestilah mengikuti pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah.

Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
Ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)boleh mengeluarkan kesemua simpanan bahagian pekerja.

Skim Pelaburan Ahli
Skim ini membolehkan ahli memindahkan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik untuk membuat pelaburan bagi menambahsimpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara. Syaratnya ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00).

Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah. Syaratnya ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600.00 di dalam Akaun 2.

Pengeluaran Kematian
Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Pengeluaran Kesihatan
Ahli boleh mengeluarkan kesemua simpanan Akaun 2 untuk membayar kos rawatan perubatan sebenar. Jika majikan membiayai sebahagian daripada kos rawatan perubatan, ahli hanya boleh mengeluarkan jumlah baki kos yang tidak ditanggung majikan.

Pengeluaran Haji
Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji. Syarat kelayakan adalah ahli KWSP telah menerima surat tawaran berstatus ‘TERPILIH’ dari Lembaga Tabung Haji (LTH) dan ahli belum cukup simpanan di LTH bagi tujuan mengerjakan Haji.

Pengeluaran awal simpanan KWSP sebelum mencapai umur persaraan itu hendaklah mematuhi syarat-syarat dan kelayakan bagi jenis-jenis pengeluaran atau perkara yang telah ditetapkan. Maklumat lanjut – Laman Web KWSP