Prinsip Perbankan Syariah

Pinjaman peribadi patuh syariah berbeza dengan pembiayaan konvensional kerana ia:

  1. Tidak ada unsur Riba
  2. Tidak ada unsur Spekulasi (Gharar)
  3. Perkongsian untung dan rugi bersama.
  4. Tidak terlibat dalam aktiviti haram

Prinsip-prinsip islamik yang biasa diguna dalam kontrak pinjaman peribadi adalah seperti berikut:

Akad
Akad adalah tawaran yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dalam proses urusniaga terhadap pembiayaan peribadi.

Ijarah
Kontrak sewa beli di mana bank membeli barangan untuk peminjam dan kemudian menyewakan kembali kepada peminjam.

Murabaha
Murabaha adalah perjanjian jual-beli di mana bank membeli barangan dan kemudian menjualnya kepada peminjam secara kredit dengan harga termasuk keuntungan.

Mudarabah
Mudharabah adalah bentuk kerja sama antara pemilik modal (shahibul amal) dan pengelola (mudharib) melalui kontrak perkongsian keuntungan dan kerugian.

Bai’ al inah
Penjual menjual asetnya kepada pembeli dengan janji untuk dibeli kembali. Aset dijual secara tunai dan dilanjutkan dengan pembelian kembali secara pembayaran ansuran.

Al-Bai’ Bithaman Ajil
Melibatkan proses menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang dan ditangguhkan pembayarannya sehingga ke satu waktu atau tempoh yang telah ditetapkan.

Tawarruq
Akad pembelian barangan secara kredit dan menjual semula kepada pembeli lain secara tunai dengan harga lebih rendah daripada harga asal. untuk mendapatkan wang tunai segera.